Wow! Fantastic Baby – In Progress develop a few e-commerce site

Walaupun sekarang saya tengah sibuk menulis novel, (masih dalam suku in progress), tetapi pada masa yang sama masih meneruskan kerja-kerja freelance yang lain. – membuat beberapa e-commerce site. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah platform yang saya gunakan. Adakah melalui CMS atau hard code? Di sini saya masih lagi perlu berahsia kerana ini merupakan satu-satunya part time job yang menguntungkan. Mungkin apabila saya telah berada di tahap yang tertinggi, rahsia tersebut akan terbongkar melalui ebook. Atau mungkin terus melalui tutorial di nizamghazi.com

Seperti biasa, setiap kali sebelum memulakan kerja, mendengar lagu atau melayan MV merupakan suatu kemestian. – untuk menaikkan mood. Yeah! Fantastic baby.

POLICA – Lay Your Cards Out : Muzik Masa Hadapan

Mula jatuh cinta dengan cara penyampaian POLICA sejak beberapa bulan lepas. Sangat-sangat unik dan seolah-olah saya merasakan inilah muzik masa hadapan. Percayalah setiap hari akan wujud muzik yang unik sekaligus menyamankan gegendang telinga si pendengar.

NOTE : Mungkin disebabkan dengan bantuan sofware-software berteknologi tinggi zaman ini telah menjadikan users lebih mudah untuk compose sebarang bentuk genre lagu -- seperti Sonar X1.

KREDIT :

http://www.thisispolica.com
http://totallygrossnationalproduct.com

SCANDAL itu Cute Meh! – Hi Hi Hi

Ini semua selepas gara-gara melayan anime K-ON. Lagu-lagu yang dibawakan oleh mereka adalah bergenre Japanese Pop Rock – my fav genre selain J-Rocks!. Terdiri daripada 4 orang ahli, Rina Suzuki (Drums & Vocal), Haruna Ono (Vocals & Rhythm Guitar), Tomomi Ogawa (Bass & Vocal), Mami Sasazaki (Lead Guitar & Vocal).

Saya paling suka karakter Rina Suzuki kerana setiap kali membuat persembahan beliau pasti memberi senyuman yang sangat cute meh. Habis semua fanpage mereka saya LIKE. heee.