Truth is Painful – SEO

Artikel ini ditransfer dari nizamghazi.com demi tidak mengguriskan hati sesiapa.

Baiklah saya mulakan dengan isu SEO (Search Engine Optimization). Ini kerana ada beberapa individu yang bertanyakan isu tersebut directly to my inbox. Saya rasa lebih baik saya kongsikan di sini. Lebih adil kan. Yeah semua tahu SEO merupakan elemen terpenting khususnya mendapatkan trafik berbanding facebook fanpage atau BlogWalking. Kerana apa, kerana ianya datang tanpa dipaksa sekaligus membolehkan anda melupakan seketika blog kesayangan anda dan boleh pergi buat kerja lain.

Kata mereka, blog ini kerap berada di top ranking google dan ianya berkaitan dengan perkara-perkara yang tak ada orang Melayu tulis terutama hujahan Inspiration. Bila ada orang cakap macam tu saya mula rasa eh? ye meh? saya tak tahu pun. (terkejut plus teruja plus smiling on the screen sampai terpecah – splash!). Bukan nak show off atau off show. Ini sekadar berkongsi sedikit pengalaman dan sedikit trick terutama kepada new comer in blogging world. Seolah-olah pembongkaran “The Secret World of Blogger”.

Honestly, saya tidak menggunakan sebarang teknik SEO yang gila-gila semata-mata untuk mendapatkan ranking yang terbaik di sana. Bagi saya sudah cukup dengan content itu sendiri. Saya hanya mempraktikkan penulisan yang baik bagi membuatkan readers terus berminat untuk membaca sehingga habis. – dari perenggan pertama lagi. Psst tidak semestinya penggunaan Bahasa Melayu yang baku lagi teratur itu dikatakan baik. Yang penting bagaimana ianya diolah sekaligus membuatkan readers faham dan boleh masuk ke dunia penulisan saya.

Personal Option : Teknik memasukkan tag-tag yang tidak berkenaan pada sesebuah artikel adalah seseuatu yang tidak adil dan profesional buat readers. – sedangkan ianya sangat tidak relevan dengan content. Bukankah itu suatu penipuan dan perangkap? Gyaaaaah! mesti ada yang melatah, “suka hati kamilah nak tag apa pun, ini blog kami kan? Kami adalah sebuah team blogger yang berdedikasi tinggi.” Yes memang betul, tapi jika anda terkena bukankah ianya mencetuskan rasa bengang plus damn! dalam diri tatkala sedang mencari sesuatu yang dihajati via Google? Am I right dear? Apa yang paling penting di sini adalah CONTENT.

Okay-okay saya tahu, mendapatkan ranking yang terbaik di search engine seperti Google merupakan idaman buat mereka (bloggers) like hell – seperti saya juga. Sehubungan itu ramai juga yang menulis berkaitan dengan tips SEO dan rata-rata ianya tidak seperti sebuah bentuk keikhlasan. – yes i knew it kerana saya juga seorang pembaca yang baik. Seolah-olah penerangan yang dibuat adalah secara general dan ianya dapat di trace sebagai translation from English to Malay. Okay di sini saya akan bongkar sedikit isu tersebut menggunakan pemahaman dan cara saya sendiri. Saya berikan satu contoh sahaja sebagai Inspiration. Cuba klik di sini atau anda boleh search google sendiri dengan keyword ini “laman web lucah” atau “senarai laman web lucah“. Cubalah dan lihat. Kalau terjumpa link blog ini iaitu Senarai Laman Web Lucah | Sharul Nizam Ghazi, cuba klik dan lihat.

Okay teknik tersebut boleh saya katakan “bad plus high volume searching but good info to read“. Analoginya seolah-olah begini – Readers akan cuba baca info tersebut walaupun niat asal adalah bad and so bad. Saya yakin readers yang masuk tidak terlalu marah kepada saya instead of okay what info ni. Jadi saya akan dapat trafik percuma setiap hari dengan keyword ini. – Psst keyword tersebut adalah salah satu top search ke blog ini, lucahnya saya. Erm rasanya saya tak perlu terangkan lebih lanjut tentang teknik itu kerana saya yakin anda dapat memahaminya dengan baik.

Saya rasa cukup kot info tentang SEO ni sebab saya dah kurang berminat nak olah since terlalu banyak blog tempatan dan blog luar yang beri tips mengenainya. Nanti lari pula keunikan blog ini. Psst saya mengamalkan konsep niche blog yang lain dari yang lain setelah bersusah payah memikirkannya. I’m a unique person in the world – nah! tak habis-habis berkata begitu dalam hati sebagai motivasi diri berinfiniti.

4 thoughts on “Truth is Painful – SEO

  1. saya seorang yang suka baca betul2 dan jelas sebab saya susah nak faham jika guna kata selindung…untuk seo blog saya guna suka2 sahaja tapi keyword takkan lari dari content…lagipun saya cuma faham keyword dengan tag setakat ini seo memang tak bijak

  2. Tips SEO yang unik. Menggunakan keyword yg popular atau tidak baik tapi penulis mempunyai niat yg baik utk memberi didikan pada pembaca. Boleh saya katakan ini adlh cth keyword yg menongkah arus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>